Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi
terima kasih saya ucapkan kepada En. Ibrahim b. Hj. Mohd. Salleh, Guru Besar Sk. Kolapis di atas kepercayaan yang diberikan
kepada saya sebagai pengerusi pertama Kelab Guru sekolah ini. Kelab Guru ini
adalah kelab yang baru ditubuhkan buat pertama kalinya di sekolah ini. Saya berjanji
akan buat yang terbaik, dan berusaha sepenuhnya agar setiap aktiviti berjalan
lancar dan objektif kelab akan dapat dicapai dengan lebih sempurna.
Alhamdulillah,
dalam masa yang terdekat ini, beberapa aktiviti yang dirancang seperti keceriaan bilik guru, penyeragaman baju Melayu bagi
guru lelaki dan wanita setiap hari Jumaat, baju batik, dan blazer untuk tahun
2006, telah mendapat persetujuan dari rakan-rakan guru.
Justeru, bagi merealisasikan hasrat Kelab Guru sekolah ini tercapai,
saya mengharapkan semua rakan-rakan guru dapat memberikan kerjasama yang jitu agar aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang
tahun dapat dicapai dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, segala pandangan dan cadangan dari semua pihak
amatlah saya harapkan sebagai biasan cermin diri ke arah meningkatkan kualiti profesionalisme Kelab Guru secara berterusan.
Akhir sekali, marilah kita sama-sama mengamalkan budaya kerja cemerlang
kerana guru yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Semoga kita terus kekal dengan komitmen yang tinggi serta mempunyai daya fikir yang kreatif, kritis dan inovatif yang
hebat.
Wassalam.
AHM.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
It is
my honour to thank En. Ibrahim b. Hj. Mohd. Salleh as the Headmaster of Sk. Kolapis to give me the trust to hold our
school's “Teacher’s Club” as its first chairperson. I suppose
this club is the first to be held in this school and as the chairperson I promise that I will try my best and
give my full effort and of course with the help of my fellow teachers to reach the standard and the objectives of this club.
Thanks
God, that in this minute of time, several activities that have been planned such as the staf room rearrangement, the
actual uses of Baju Kebangsaan for the gents and ladies casualty every Friday, the Batik costumes, blazer for the year
2006 and many more have been conducted and confirmed successfolly.
In
spite of that, to enhance more activities for this club, I will need the help and support from every working staff in
this school to make this club a success. Furthermore, this will surely raise
the professionalism of every teacher in this school especially in their act, costumes wearings and many more.
Lastly,
let all of us keep of the good work to build our youngs for a better generation for the future. It is our hope to see our students to have the ability to think rasionally and innovatively during the
presence of time.
Thank
you. Wassalam.
AHM.