Salam sejahtera,
Saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah saya kepada webmaster dan pihak pengurusan
Sekolah Kebangsaan Kolapis Beluran kerana berjaya membangunkan laman web
ini dan seterusnya memberikan peluang kepada saya menggariskan sepatah dua kata dalam laman web ini. Saya kira inisiatif
dan usaha seumpama ini amat bertepatan sekali dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan setiap sekolah di negara ini mengambil
bahagian aktif dalam bidang pembangunan laman web. Tidak keterluan jika
saya katakan bahawa usaha ini ada hubungkaitnya dengan slogan Pejabat
Pelajaran Gabungan Sandakan iaitu BEST
yang membawa makna Beautiful , Excellence, Smart dan Talented yang menekankan
kecantikan, kecemerlangan, kesegakan dan
bakat serta keupayaan mengadakan
pengurusan pentadbiran yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Zaman alaf baru ini memaksa kita untuk sentiasa peka terhadap perubahan dunia tanpa sempadan atau globalisasi ini.
Dengan itu kita harus bersikap lebih professional untuk menghadapi cabaran yang kita
hadapi. Lantaran itu kita harus menjadi pelajar yang bertaraf dunia serta sanggup
menerima sebarang arus perubahan di samping mempertingkatkan pendidikan kerana pendidikan bukan sahaja memberi persediaan
untuk masa depan diri kita, tetapi yang lebih penting ialah memperlengkapkan
mereka untuk menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab. Slogan baru negara kita, cemerlang,
gemilang dan terbilang menuntut kita menerima perubahan dan melengkapkan diri dalam bidang ICT
untuk masa depan yang gemilang dan terbilang. Kegemilangan masa depan
kita banyak bergantung kepada pendidikan . Justeru itu kita harus berusaha untuk menimba ilmu hingga ke menara
gading.
Saya berharap dengan pembangunan laman web sekolah ,
akan mendorong guru-guru dan para pelajar menggunakannya secara
optimum dan akan lebih banyak lagi sekolah-sekolah di gabungan ini tampil ke hadapan mewujudkan laman web masing-masing. Saya juga berharap agar sekolah ini tidak berhenti setakat ini, tetapi sebaiknya meneruskan usaha ini
hingga ke tahap yang lebih tinggi lagi dan sentiasa mengemaskini laman web tersebut dari semasa ke semasa .
Sekian, terima kasih.
Dr. Dayu Bin Sansalu, ASDK
Pegawai Pelajaran
Gabungan Sandakan ( BeST )
21 Oktober 2005
BeST DEO’S MESSAGE
Salam Sejahtera,
I would like to thank and
congratulate the webmaster and the Sekolah Kebangsaan Kolapis management , for developing this website successfully and henceforth for giving me this opportunity to drop a few line on
this website . I should say, your initiative and effort developing
this site are very much related to our ministry’s objective in wanting every school nationwide to get actively
involved in this field. Moreover, it is not too much if I say your involvement is entirely related
to our Divisional Education Office of
Sandakan’s BEST slogan which by
all means emphasizing on
the beauty, excellence, smart and
talented .
This millennium era which forces
us to be more sensitive to this endless
world or globalization. Thus, we
must be more professional facing
this challenging atmosphere. Nevertheless, we ought to be a world-class students where at all times prepare to deal within the
winds of change besides upgrading our education which means not only to prepare us for the future but most of it to
equip them to be more responsible Malaysians. Our government new slogan – excellence, glory and distinction needs all of
us to prepare ourselves for any changes
and to equip our selves as well
for the ICT’s glory and distinction future . Our future glory is
depending on education. Thus, we
must work hard to grab the world class education level.
It is my hope to see this
website will encourage teachers and pupils to optimally explore it and hopefully, many more schools in this division to come forward to develop their own. Henceforth, I also hope your school does not stop to
this point , but off you go
to the highest level accordingly besides your continuous updating process .
Thank you.
Dr. Dayu Bin Sansalu, ASDK
Divisional Education Officer, Sandakan. ( BeST )
October 21st., 2005 