Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatu,
Bidang kokurikulum merupakan satu ruang pembelajaran yang melibatkan kerjasama,
komitment, kesabaran, kemahiran, tolak ansur dan penyemaian nilai murni di kalangan pelajar dan guru serta sesiapa juga yang
terlibat dalam sesuatu aktiviti yang pelbagai selain pembelajaran akademik.
Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan bidang kokurikulum sebagai salah
satu aktiviti wajib ke atas semua pelajar di sesebuah sekolah. Ini penting untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
intelek, rohani, minda dan jasmani seseorang individu.
Pelajar di Sekolah Keabngsaan Kolapis tidak ketinggalan menyertai aktiviti
sukan dan permainan. kelab dan persatuan dan unit beruniform. Setiap tahun, pelajar di sini tidak ketinggalan
menyertai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah, bahagian, negeri dan ada yang sampai ke peringkat kebangsaan.
Diharapkan agar guru-guru komited dan akan terus membimbing dan menyokong perkembangan bakat pelajar.
Sekian, terima kasih.
SAIDI LIASAN @ GUNTING
Penolong Kanan Kokurikulum