LAPORAN KEM
BAHASA MELAYU PERINGKAT GABUNGAN SANDAKAN.
Guru Penasihat
: En. Moris b. Taki
Setiausaha : Cik Azian Hj. Mansor
Bendahari
: Pn. Norfauziah bt. Mohd. Dasip
Ahli Jawatankuasa : Pn. Harimah Abdullah
Persatuan Bahasa Melayu telah menghantar dua
orang murid tahun 5 untuk mewakili sekolah ke Kem Bahasa Melayu Peringkat Gabungan Sandakan yang disertai oleh murid-murid
tahap 2 dari Daerah Beluran, Telupid dan Sandakan.
Tempat : Sk. Jaya Bakti Beluran
Tarikh
: 22 hingga 25 Februari
2006
Wakil Murid
: 1. Mohd Hafiz b. Othman
2. Siti
Suhaizatusheema bt. Ismail
Guru Pengiring : 1. En. Moris b. Taki
( Fasilitator ) 2. Cik
Azian Hj. Mansor
3. Pn.
Harimah Abdullah
Objektif Kem
Bahasa Melayu ini diadakan adalah untuk;
1. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid-murid.
2. Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid.
3. Mewujudkan sikap berkerjasama di kalangan murid-murid.
4. Mencungkil bakat murid.
Aktiviti yang
dijalankan.
1. Empang Pecah
2. Dinamika kumpulan
3. Sanggar puisi
4. Permainan bahasa
5. Malam kebudayaan
6. Motivasi oleh Pegawai Pelajaran Daerah Beluran
Sepanjang aktiviti berlangsung, wakil murid SK.
Kolapis telah melibatkan diri secara aktif. Panel Pemilih yang terdiri daripada pakar Bahasa Melayu Gabungan Sandakan telah
memilih kedua-dua murid SK. Kolapis bersama lapan peserta lain untuk mewakili Bahagian Sandakan ke Kem Bahasa Melayu peringkat
negeri yang akan dijalankan di Beaufort Sabah. Manakala ,Pn. Harimah Abdullah dari SK. Kolapis pula, telah dipilih sebagai
fasilitator terbaik Kem Bahasa Melayu peringkat Gabungan Sandakan.
Setakat ini sahaja laporan Kem Bahasa Melayu
peringkat Gabungan Sandakan tahun 2006.
Disediakan oleh,
28 Februari 2006
_______________________
( MORIS B TAKI )
Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK. Kolapis.