SENARAI TUGAS PK KURIKULUM
HOME
OUR DOE 's MESSAGE
THE DEO'S MESSAGE
THE BN DEO'S MESSAGE
HM WELCOMING MASSAGE
OUR SCHOOL
OUR PTA
OUR MANAGEMENT
OUR CURRICULUM
OUR PUPILS AFFAIR
OUR CO CURRICULUM
OUR ACTION PLAN, 2006
OUR ETeMS' AP, 2006
OUR HUMAN RESOURCERS
OUR REBRANDING PROG
OUR 2005'S SUPERB
OUR UPSR KIDS
OUR EX & PRESENT HM
OUR ALBUM
OUR LINKS

PENOLONG KANAN KURIKULUM

 

                Nama    : Encik Trisna B Satio

               No.K/P  :

            No. Fail  : JP(SB)/C2-04/

            Tarikh Dilantik Ke Jawatan Sekarang  : 

            Akademik :  PPLK OUM

 

MUKADIMAH

Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Dengan itu, Guru Penolong Kanan 1 bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi

pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar

Pendidikan tercapai.

 

               BIDANG TUGAS

            1.1  Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.

            1.2  Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

            1.3  Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam, hal kurikulum, pentadbiran dan pengurusan guru dan  

                   kaikitangan bukan guru.

            1.4  Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk  yang mempunyai

                   sidang petang.

            1.5  Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 

               SENARAI TUGAS

            2.1  Kurikulum

                2.1.1  Menentukan pelaksanaan Kursus Pengajian.

                2.1.2  Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.

                2.1.3  Mempastikan perjalanan Panitia-panitia mata pelajaran.

                2.1.4 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber.

                2.1.5  Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber  pendidikan.

                2.1.6  Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru

                          mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian   mereka.

                2.1.7  Menentukan program TV dan Radio Pendidikan diikuti dengan sebaik-baiknya.

                2.1.8  Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta  mencadangkan tindakan susulan.

                2.1.9  Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan  ujian, peperiksaan dan

                          penilaian dan mencadang tindakan susulan.

            2.1.10 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan  dan pemulihan.

                2.1.11 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah,Pejabat Pendidikan Daerah,

                          Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran.

                2.1.12 Membantu dalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya.

                2.1.13 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.

 

 

                               

 

2.2  Pentadbiran

 

                2.2.1  Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan  bukan guru

                2.2.2  Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan

                          bukan guru.

                2.2.3  Memantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.

                2.2.4  Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan Takwim Sekolah.

                2.2.5  Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.

                2.2.6  Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.

                2.2.7  Menyelaras penyeliaan Penyata Kewang untuk urusan audit   tahunan.   

                2.2.8   Menyelaras semua jenis pungutan sekolah.

                2.2.9   Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.

                2.2.10 Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

                2.2.11 Mengurus hal-hal bangunan, kawasan kemudahan fizikal dan  keceriaan.

 

 

2.3  Kebersihan Dan Keindahan Sekolah

               

                2.3.1   Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi  keindahan dan kebersihan

                           sekolah.

 

 

2.4  Keselamatan

 

                2.4.1   Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Guru Besar.

                2.4.2   Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah

                           Kebakaran/ Latihan Kebakaran dan kegiatan- kegiatan  seumpamanya.

 

 

2.5 Tugas-tugas Lain

 

                2.5.1   Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke

                           semasa.

2.5.2   Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari  

          masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BACK