OUR PTA

HOME
OUR DOE 's MESSAGE
THE DEO'S MESSAGE
THE BN DEO'S MESSAGE
HM WELCOMING MASSAGE
OUR SCHOOL
OUR PTA
OUR MANAGEMENT
OUR CURRICULUM
OUR PUPILS AFFAIR
OUR CO CURRICULUM
OUR ACTION PLAN, 2006
OUR ETeMS' AP, 2006
OUR HUMAN RESOURCERS
OUR REBRANDING PROG
OUR 2005'S SUPERB
OUR UPSR KIDS
OUR EX & PRESENT HM
OUR ALBUM
OUR LINKS

MESEJ YANG DIPERTUA
PERSATUAN IBUBAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KOLAPIS, BELURAN.

along.jpg

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, akhirnya Sekolah Kebangsaan Kolapis akhirnya berjaya mempunyai  sebuah  Laman web. Kejayaan ini menunjukkan bahawa warga sekolah ini  mampu  bersaing dan berjaya.  Syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah kerana berjaya membangunkan Laman Web yang  saya  anggap  akan memberi  satu  semangat  baru  bukan sahaja  warga  sekolah  ini  tetapi  juga  seluruh  masyarakat  kampung  ini.

 

 

Saya  berharap  dengan  adanya  laman  web ini , seluruh  masyarakat  di  kampung  ini  akan dapat memantau  apa juga aktiviti  yang  diusahakan  oleh  pihak  sekolah dari masa ke semasa.  Sudah tentu   pendekatan  teknologi baru  ini  akan  mampu meletakkan  sekolah  ini  sebaris  dengan  sekolah-sekolah  lain di daerah  ini  pada  keseluruhannya.  Diharapkan segala maklumat yang dipaparkan dapat dijadikan rujukan masyarakat luar untuk lebih mengenali sekolah ini.

Dunia teknologi maklumat alaf ini menuntut semua pihak menjadi celik ilmu ke arah merealisasikan masyarakat berbudaya ilmu. Seiringan itu, baik warga ibubapa mahupun para pelajar seharusnya berjinak-jinak dengan komputer agar tidak terpinggir dalam arus gelombang dunia tanpa sempadan  ini.  

 

Saya berharap sekolah ini akan berjaya memartabatkan wawasan pendidikannya walaupun ia terletak di  sebuah perkampungan kecil. Sehubungan itu,  harapan saya agar seluruh masyarakat ibubapa khususnya dapat memberikan kerjasama kepada sekolah ini demi kejayaan anak-anak kita.  Pihak  PIBG  akan  sentiasa  memberikan kerjasama dan bantuan dari semasa ke semasa demi kejayaan sekolah ini.

 

 

Sekali lagi, ucapan terima kasih juga  kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan Kolapis kerana memberi  ruang kepada saya mencoretkan sepatah dua kata di Laman Web sekolah yang baru dibangunkan ini. 

 

 

Akhir kata, dengan adanya laman  web ini, sekolah ini telah melangkah setapak lagi dalam menyahut cabaran merealisasikan visi negara yang serba canggih dan moden.

Sekian, terima kasih.

 

 

Encik Along Bin Akim,

YANG DIPERTUA