PPSMI3 - LAPORAN JEMAAH NAZIR SEKOLAH
HOME
OUR DOE 's MESSAGE
THE DEO'S MESSAGE
THE BN DEO'S MESSAGE
HM WELCOMING MASSAGE
OUR SCHOOL
OUR PTA
OUR MANAGEMENT
OUR CURRICULUM
OUR PUPILS AFFAIR
OUR CO CURRICULUM
OUR ACTION PLAN, 2006
OUR ETeMS' AP, 2006
OUR HUMAN RESOURCERS
OUR REBRANDING PROG
OUR 2005'S SUPERB
OUR UPSR KIDS
OUR EX & PRESENT HM
OUR ALBUM
OUR LINKS

LAPORAN JEMAAH NAZIR: 

PERLAKSANAAN  EteMS/ PPSMI  DI SEKOLAH RENDAH 2003 / 2004

 

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

 

Pada umumnya sumber pendidikan yang dibekalkan telah membolehkan sekolah-sekolah melaksanakan program PPSMI mengikut jadual pelaksanaan  yang ditetapkan.  Namun begitu, masih terdapat kekurangan dan masalah di luar  jangkaan seperti

 

         ketidakcukupan kelas,

         kelas bertambah,

         guru yang tidak mengikuti kursus yang berkaitan dengan pelaksanaan program PPSMI dan

         bahan pembelajaran yang dibekalkan lewat diterima atau tidak berfungsi sepenuhnya.

 

 

PENGURUSAN PROGRAM

 

Kebanyakan sekolah telah memberi perhatian terhadap aspek pengurusan  pelaksanaan program PPSMI.  Antaranya,

 

         mengagihkan tugas mengajar kepada guru-guru yang telah menghadiri  kursus berkaitan PPSMI,

         membekalkan sumber pendidikan dan perkakasan kepada guru yang  terlibat,

         menetapkan peruntukan waktu pengajaran Sains dan Matematik  mengikut SPI Bil. 11/2002 dan Bil. 12/2002  

         menyediakan stok dan inventori bagi peralatan PPSMI yang diterima.  

 

   Aspek-aspek berikut belum lagi diberi perhatian yang sewajarnya:

 

         dasar, prinsip dan tujuan PPSMI belum diterangkan kepada warga sekolah dan rancangan Pelaksanaan Program PPSMI tidak disediakan; 

         prosedur penyelenggaraan dan penggunaan sumber pendidikan tidak  disediakan;

         penyeliaan program belum dilakukan secara terancang.

 

 

 

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  SEKOLAH  RENDAH

 

Secara keseluruhannya tahap kesediaan guru untuk melaksanakan PPSMI adalah baik (85.0%).  Mereka sentiasa berusaha menggunakan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun masih terdapat kesalahan dari aspek tatabahasanya. 

 

 

Sebahagian kecil guru kurang kreatif dalam penggunaan sumber pendidikan yang dibekalkan.  Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber pendidikan tersebut. Terdapat sebahagian  kecil guru (27.5%) kurang memberi penegasan kepada Kemahiran Saintifik dan Tumpuan Matematik.  Murid-murid menunjukkan minat untuk mengikuti program PPSMI.    

           

Penguasaan bahasa Inggeris yang terhad di kalangan mereka menyebabkan interaksi antara murid dengan guru hanya sekadar menjawab soalan yang dikemukakan. Buat masa ini, mereka kurang yakin menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya semasa berkomunikasi dengan rakan atau guru.

 

 

PERSEPSI GURU 

 

Persepsi guru-guru terhadap pelaksanaan PPSMI adalah positif.  Walaupun guru-guru merasakan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka belum baik (59.7%), tetapi mereka bersedia melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di bilik darjah. Mereka sentiasa berusaha meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dari semasa ke  semasa (93.3%).

 

Mereka menyatakan bahawa kursus-kursus yang dihadiri, perkakasan dan bahan pembelajaran yang dibekalkan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (84.0%).

 

Mereka juga mampu menggunakan perkakasan dan bahan tersebut walaupun ada sebilangan kecil guru yang terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyediakan / memasang peralatan tersebut. 

 

Sokongan yang diberikan oleh kepimpinan sekolah, rakan sejawat dalam panitia Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi menjayakan program PPSMI pada keseluruhannya adalah baik (89.9%). 

 

 

STATUS MOTIVASI MURID TAHUN SATU 

 

Murid-murid Tahun Satu dapat melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru dengan penuh minat.

 

Mereka juga diberi peluang oleh guru untuk menggunakan bahan pembelajaran secara ‘hands-on’ seperti menekan kekunci komputer riba untuk menjawab soalan. 

 

Sungguhpun demikian, murid kurang mengemukakan soalan kepada guru dan berinteraksi dengan rakan dalam bahasa Inggeris semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

 

 

BACK