HOME
OUR DOE 's MESSAGE
THE DEO'S MESSAGE
THE BN DEO'S MESSAGE
HM WELCOMING MASSAGE
OUR SCHOOL
OUR PTA
OUR MANAGEMENT
OUR CURRICULUM
OUR PUPILS AFFAIR
OUR CO CURRICULUM
OUR ACTION PLAN, 2006
OUR ETeMS' AP, 2006
OUR HUMAN RESOURCERS
OUR REBRANDING PROG
OUR 2005'S SUPERB
OUR UPSR KIDS
OUR EX & PRESENT HM
OUR ALBUM
OUR LINKS

ghafarketuamenteri.jpg

gafar.jpg

Tun Ghafar Baba kembali ke rahmatullah pukul 7.35 pagi ini

Kuala Lumpur - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah pukul 7.35 pagi ini akibat serangan jantung dan asma selepas dimasukkan ke hospital 12 Oktober tahun lalu.

Berita mengenai kematian Allahyarham itu disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha di Jabatan Perdana Menteri Datuk Raja Hydar Raja Iskandar.

Jenazahnya akan ditempatkan di Masjid Negara selepas Zohor untuk memberi peluang kepada para pemimpin dan orang ramai menziarahi dan memberi penghormatan terakhir.

Raja Hydar berkata, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara dengan penuh penghormatan negara.

Allahyarham Tun Ghafar, 81 tahun meninggalkan lapan anak hasil perkongsian hidup dengan Allahyarhamah Toh Puan Asmah Alang dan Heryati Abdul Rahim.

Tun Ghafar merupakan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka sehingga tahun lalu.

Beliau yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri bermula 9 Mei 1986 hingga 16 Oktober 1993 merupakan seorang tokoh yang komited terhadap tugas.

Penglibatannya dalam politik bermula pada usia 15 tahun ketika beliau menyertai Persatuan Melayu Muda di Melaka.

Tahun 1951 menyaksikan penglibatan beliau dalam UMNO dan jawatan pertama yang disandang pada 1952, Setiausaha UMNO cawangan Melaka.

Tun Ghafar pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO, Setiausaha Agong Barisan Nasional, Pengerusi MCA dan Pengerusi Jawatankuasa Displin dan Pengurusan UMNO.

Persaraan daripada politik tidak membataskan perjuangannya dalam UMNO dengan menganggotai Kelab Veteren UMNO seterusnya dilantik Pengerusi kepada kelab terbabit.

Selain berpolitik, kehidupan seimbang Tun Ghafar turut diserikan dengan pelbagai kegiatan sukan.

Minatnya dalam sukan hoki mendorong perlantikannya sebagai Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur pada 1995.

Beliau juga pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Pemain Golf Profesional Malaysia dan Presiden Persatuan Tenis Malaysia.

Jasanya yang besar di bidang pendidikan juga tidak harus dilupakan apabila menjadi salah seorang pengasas Kolej Mara yang kemudiannya di kenali Institusi Teknologi Mara dan kini Universiti Teknologi Mara (UiTM).

BACK