PPSMI5- JK BUDDY SYSTEM
HOME
OUR DOE 's MESSAGE
THE DEO'S MESSAGE
THE BN DEO'S MESSAGE
HM WELCOMING MASSAGE
OUR SCHOOL
OUR PTA
OUR MANAGEMENT
OUR CURRICULUM
OUR PUPILS AFFAIR
OUR CO CURRICULUM
OUR ACTION PLAN, 2006
OUR ETeMS' AP, 2006
OUR HUMAN RESOURCERS
OUR REBRANDING PROG
OUR 2005'S SUPERB
OUR UPSR KIDS
OUR EX & PRESENT HM
OUR ALBUM
OUR LINKS

JAWATANKUASA  RAKAN  TAULAN ( BUSS )

SEKOLAH KEBANGSAAN KOLAPIS 2006.

 

 

 

 

 

    ADVISOR                                         : HEAD MASTER

 

    CHAIRPERSON                               : SENIOR ASSISTANT 1 

 

    VICE CHAIRPERSON                     : ENGLISH PANEL CHIEF

 

    SECRETARY                                    : ENGLISH PANEL

    ASSISTANT SECRETARY            : SCIENCE   PANEL  CHIEF 

 

   MEMBERS:                                        : ALL ENGLISH TEACHERS

                                                                : ALL SCIENCE TEACHERS

                                                                : ALL MATEMATICS  TEACHERS

 

   MENTOR                                            : ALL ENGLISH LANGUAGE TEACHERS AND

: ALL SCIENCE AND MATHEMATICS TEACHERS WHO ARE FLUENT

  AND  COMPETENT IN  ENGLISH  LANGUAGE 

 

MENTEE                                            : ALL SCIENCE AND MATHEMATICS TEACHERS WHO ARE IN  

  NEED OF.

 

 

TUGAS / PERANAN  BUDDY SUPPORTIVE SYSTEM

 

 

OBJEKTIF  /  TUJUAN  RAKAN TAULAN

 

         Menyokong guru Sains & Matematik

         Memupuk budaya ‘guru bantu guru’ di dalam sekolah

         Meningkatkan kemahiran berbahasa dalam Bahasa Inggeris untuk mengajar,  berinteraksi dengan pelajar dan mencari serta memahami maklumat berkait dengan matapelajaran

         Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

         Sistem Bimbingan Taulan bukan sistem penilaian guru seperti untuk tujuan prestasi

 

 

 

 

ISU-ISU  PELAKSANAAN

 

  1. Sokongan daripada pihak pentadbir sekolah seperti Pengetua, Guru Besar, PK, Ketua Panitia
  2. Pemilihan Rakan Pembimbing
  3. Spesifikasi Tugas /Peranan
  4. Dokumentasi
  5. Akses ke bahan-bahan dan komputer yang dibekalkan Pemantauan oleh pihak pentadbir, JPN dan KPM
  6. Pensijilan, Penghargaan

 

 

Panduan pengoperasian

 

         Pertemuan diadakan secara kerap iaitu sekurang-kurangnya sekali seminggu

         Boleh diadakan selepas waktu sekolah atau semasa waktu sekolah – dijadualkan 45 – 60 minit

         Proses dan fokus didokumentasikan dalam borang yang disediakan

         Memastikan RP dapat akses ke bahan-bahan yang dibekalkan oleh BPG dan PPK

 

 

Apakah tindakan pihak pentadbir di sekolah?
( Guru Besar, Penolong Kanan 1,  Ketua Panitia )

 

         Mewujudkan struktur organisasi yang menyokong pelaksanaan program seperti memastikan jadual pertemuan dapat dilaksanakan

         Memberi motivasi dan sokongan kepada RP dan Taulan

         Mengakui sumbangan Jurulatih Utama dan RP dalam penilaian prestasi tahunan

         Memantau pelaksanaan SBT di sekolah

         Mendapat maklumbalas dan mengambil tindakan susulan yang sesuai

         Melapor, menyimpan rekod dan mendokumentasikan pelaksanaan SBT

 

 

KRITERIA PEMILIHAN RAKAN PEMBIMBING 

 

         Guru Bahasa Inggeris

         Guru Sains + Matematik yang fasih dalam Bahasa Inggeris dan berpengalaman dalam pengajaran sains dan matematik

         Sebaik-baiknya tidak terlibat sebagai jurulatih ETeMS

         Bersikap positif

         Rela membantu

 

 

TINDAKAN RAKAN PEMBIMBING

 

         Memaklum kepada pengetua /guru besar tentang pelan tindakan

         Berunding dengan guru taulan tentang jadual dan fokus pertemuan

         Mengadakan sesi pertemuan seperti yang dipersetujui

         Melapor kemajuan program kepada pihak pentadbir

         Menyimpan rekod perjumpaan dengan guru taulan

 

 

GURU TAULAN

 

         Bersikap terbuka dan mampu menerima bantuan dan nasihat daripada  RP

         Berunding dengan RP tentang jadual dan fokus pertemuan

         Memberi fokus kepada bahasa, pedagogi dan isi kandungan matapelajaran

         Menyimpan jurnal untuk rekod dan refleksi

         Belajar kendiri 

 

 

PEMANTAUAN

 

         Guru Besar

         Penolong Kanan

         Ketua Panitia (BI, Sains dan Matematik) / Jurulatih

         Pegawai PPD /JPN

         Pegawai KPM / ELTC

 

 

IMPLIKASI PELAKSANAAN SBT   (  Kesan jangka panjang )

 

  1. Guru-guru S + M akan menjadi lebih reflektif, yakin dan komited
  2. Budaya kerja akan berubah ke arah lebih kolaboratif dan pembelajaran berterusan sepanjang hayat
  3. Iklim kerja akan menjadi lebih profesional dengan adanya ‘collegiality’ dan kemampuan berkongsi
  4. Pewujudan satu jaringan pembantu guru (teacher helpers)
  5. Memartabatkan kerjaya keguruan pada keseluruhan

 

 

 

 

 

 

 

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM BIMBINGAN TAULAN               DI SEKOLAH

 

1.         Kursus Latihan Sistem Bimbingan Taulan (SBT)

 

1.1       Kursus Latihan SBT dilaksanakan selama 5 hari di bawah program Kursus Pendek Kelolaan Maktab di  27 buah maktab perguruan dan ELTC. 

1.2       Selepas mengikuti kursus peserta kursus akan kembali ke sekolah masing-masing untuk menjalankan tugas barunya sebagai rakan pembimbing (RP).

 

2.            Kriteria Pemilihan Rakan Pembimbing

 

2.1       Kumpulan sasar Kursus SBT adalah guru-guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang:

·                    fasih dalam Bahasa Inggeris

·                    berpengalaman dalam salah satu mata pelajaran berkenaan

·                    sebaik-baiknya tidak terlibat sebagai jurulatih ETeMS

·                    bersikap positif dan rela membantu

2.2       Bilangan RP  kepada guru taulan bagi setiap sekolah adalah atas kadar 1:3. 

 

3.         Garis Panduan Pelaksanaan

 

3.1       Peranan Rakan Pembimbing (RP):

a.                  memaklum kepada pengetua / guru besar tentang pelan tindakan

b.                  berunding dengan guru taulan tentang jadual dan fokus pertemuan selepas kursus kejurulatihan

c.                  mengadakan sesi pertemuan seperti yang dipersetujui

d.                  melapor kemajuan program kepada pihak pentadbir

e.                  menyimpan rekod perjumpaan dengan taulan seperti di Lampiran A

f.                    sebagai pendengar, pendorong, penasihat, konsultan dan pembimbing

 

3.2       Peranan Guru Taulan :

 

 a.        bersikap terbuka dan mampu menerima bantuan dan nasihat daripada RP

b.         berunding dengan RP tentang skedul dan focus pertemuan

c.                  memberi fokus kepada bahasa, pedagogi dan isi kandungan matapelajaran

d.                  menyimpan jurnal untuk rekod dan refleksi

e.                  belajar kendiri

 

3.3       Peranan pihak Pentadbir Sekolah:

 

a.         mewujudkan struktur organisasi yang menyokong pelaksanaan program seperti memastikan jadual pertemuan dapat dilaksanakan

b.         mewujudkan Jawatankuasa Pelaksanaan SBT

c.         memberi motivasi dan sokongan kepada RP dan guru taulan

d.         mengakui sumbangan RP dalam penilaian prestasi tahunan

e.         memantau pelaksanaan SBT di peringkat sekolah sendiri dengan menggunakan borang seperti di Lampiran B

f.          mendapat maklum balas dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian 

g.         melapor, menyimpan rekod dan mendokumentasikan  pelaksanaan SBT 

 

 

3.4       Peranan pihak JPN / PPD :

 

a.                  mengenalpasti Jurulatih Utama untuk kursus kejurulatihan SBT

b.                  mengenalpasti RP untuk kursus SBT di bawah program KPKM

c.                  melantik secara rasmi RP dengan sebutan spesifikasi tugas di peringkat sekolah

d.                  mengakui secara rasmi peranan dan sumbangan RP

e.                  memastikan pihak pentadbir sekolah melaksanakan SBT 

f.                    memantau pelaksanaan SBT di semua sekolah 

g.                  mengambil tindakan susulan berasaskan maklumbalas dari sekolah 

h.                  menyebar makluman terkini tentang pelaksanaan SBT dalam negeri kepada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru dan ELTC.

 

 

 

 

 

3.5       Pengoperasian Sistem Bimbingan Taulan

 

            3.5.1     Pertemuan antara RP dan taulan perlu diadakan                                     secara kerap secara formal  atau tidak formal                                          dalam masa     lapang guru berkenaan dan

                          mengikut masa yang dipersetujui antara RP dan                                     taulan. 

            3.5.2     Pertemuan dicadangkan sekurang-kurangnya sekali                              setiap minggu selepas waktu sekolah atau semasa                                 waktu sekolah dan tempoh pertemuan dijadualkan                                antara 45 – 60 minit.                        

            3.5.3     Pihak pentadbir bertanggungjawab mengenalpasti                                 tempat yang sesuai untuk pertemuan antara RP dan                                 taulan.            

            3.5.4   Perbincangan boleh berfokus kepada:

a.                  Masalah yang berkaitan dengan penggunaan bahasa dan istilah semasa mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris 

b.                  Penggunaan ‘teaching courseware’ 

c.                  Penggunaan ‘language support courseware’ yang dibekalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( Seperti Lampiran C).

 

 

 4.        Pemantauan

 

4.1 Pemantauan berterusan boleh dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan:

 

·        Guru Besar/Pengetua

·        Guru Penolong Kanan

·        Ketua Bidang

·        Ketua Panitia Bahasa Inggeris

·        Ketua Panitia Matematik

·        Ketua Panitia Sains

 

4.2             Pemantauan berkala boleh dilakukan oleh:

 

·        Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian

·        Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri

·        Pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia / English Language Teaching Centre (ELTC)

 

 

 

 

4.3     Dokumentasi / Rekod Perbincangan

 

4.4.1   RP perlu mendokumentasikan fokus perbincangan setiap kali mengadakan perjumpaan dengan taulan sama ada secara formal atau tidak formal.  

4.4.2   Rekod ini perlu disemak oleh pihak pentadbir dari semasa ke semasa.

BACK